Monday, July 7, 2014

Update Go Green!!



Antara yang menjadi perhatian aku selama ini. Semestinya Lada kecil yang sememangnya sinonim dengan keluarga aku. Aku menanam dari benih sehinggalah boleh dituai untuk kegunaan sendiri. Alhamdulillah







Di post sini, ada aku katakan yang aku akan menunjukkan gambar pokok selasih. Nah ini dia. Sudah beberapa kali dipatahkan dahannya apabila diminta sahabat handai.







Selepas raya, Insya Allah aku akan trim pokok ini. sudah melebih-lebih. Alhamdulillah atas kurnianMu Ya Allah.

Thursday, March 20, 2014

Go Green!!

Aku dalam usaha menambah kestabilan negara.. Dalam bentuk tanaman. Udara yang kering, ditambah dengan pembakaran yang berleluasa sama ada sengaja atau tidak memburukkan keadaan. Mungkin agak kelewatan. Tapi apa aku peduli. Bak kata omputih, "better late than never". Aku cuba semaksima mungkin untuk menghijau kan kawasan tempat tinggal aku.

Aku mulakan dengan percambahan cili padi. Sinonim dengan masyarakat melayu yang gemarkan kepedasan dalam hampir setiap masakan. Tidak dilupakan daun pandan, pokok kari serta pokok kunyit. Aku pernah terbaca satu komen di laman sosial, "bercucuk tanam seperti try & error". Tidak dicuba, manakan dapat hasilnya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tentu sekali ada turun naik.

Cubaan aku diteruskan dengan penanaman daun selasih melalui keratan batang. Adakah percubaan aku  menjadi? Menurut rakan yang lebih berpengalaman, aku rendamkan dahulu batang selasih di dalam air semalaman. Esoknya aku pacak terus ke dalam pasu. Buktinya akan aku pamer di post akan datang.

Kerana kegilaan aku, sanggup untuk membeli pokok cekur yang siap dengan akarnya. Aku beli semata untuk mendapatkan akarnya untuk aku tanam. Seperti selasih, aku rendam semalaman sebelum aku tanam di dalam pasu. Adakah berjaya?

Sunday, February 16, 2014

Kehidupan Teladan


 Aku terkedu. Terkaku terus. Malas nak masuk campur. bagi aku, urusan itu antara mereka. Aku hanya menghadiahkan telinga. Selebihnya, pendapat, yang pada aku hanya didengari tanpa digunapakai. Terpulang. Sedikit pun tiada rasa rugi untuk aku. Sebaliknya aku bersyukur kerana kalian, aku boleh berhati di masa depan. Terima kasih

Di satu saat yang lain, luahan itu aku dengar lagi. Kali ini apa pula? Aku masih begitu. Meneruskan rutin yang sama. Masih membisu. Dengar, dengar dan terus mendengar sampai satu saat, halwaku dipanggil pulang.

Kisahmu aku jadikan teladan. Walau bukan dari pengalaman aku. Aku sedar ada pepatah mengatakan, pengalaman akan mengajarmu menjadi lebih matang. Tiada dikatakan yang pengalaman itu semestinya datang dari diri sendiri