Thursday, March 20, 2014

Go Green!!

Aku dalam usaha menambah kestabilan negara.. Dalam bentuk tanaman. Udara yang kering, ditambah dengan pembakaran yang berleluasa sama ada sengaja atau tidak memburukkan keadaan. Mungkin agak kelewatan. Tapi apa aku peduli. Bak kata omputih, "better late than never". Aku cuba semaksima mungkin untuk menghijau kan kawasan tempat tinggal aku.

Aku mulakan dengan percambahan cili padi. Sinonim dengan masyarakat melayu yang gemarkan kepedasan dalam hampir setiap masakan. Tidak dilupakan daun pandan, pokok kari serta pokok kunyit. Aku pernah terbaca satu komen di laman sosial, "bercucuk tanam seperti try & error". Tidak dicuba, manakan dapat hasilnya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tentu sekali ada turun naik.

Cubaan aku diteruskan dengan penanaman daun selasih melalui keratan batang. Adakah percubaan aku  menjadi? Menurut rakan yang lebih berpengalaman, aku rendamkan dahulu batang selasih di dalam air semalaman. Esoknya aku pacak terus ke dalam pasu. Buktinya akan aku pamer di post akan datang.

Kerana kegilaan aku, sanggup untuk membeli pokok cekur yang siap dengan akarnya. Aku beli semata untuk mendapatkan akarnya untuk aku tanam. Seperti selasih, aku rendam semalaman sebelum aku tanam di dalam pasu. Adakah berjaya?